12 Apr 2012

AMIR ABDUL RAHMAN AL-AUSAT (RAHMAN II)

Sejarah Kerajaan Islam Andulisia dibumi Sepanyol (822-852M)

Sejarah pasti berulang kembali namun manusia sering lupa akan sejarah. kepelbagaian kaum di Malaysia sekiranya tiada perpaduan pasti akan membawa Malaysia ke lembah kehancuran. Acuan yang di gunapakai oleh kerajaan pada masa  ini telah lama dilaksanakan sejak tahun 756M oleh Kerajaan Islam di Sepanyol. Kemajuan dalam bidang pengetahuan akan mengangkat serta membentuk sebuah peradaban yang setiasa akan dikenang dan tercatat sebagai sejarah gemilang sesebuah bangsa. Namun sikap gilakan kuasa,  banyak bercakap tidak membawa kemana-mana hanya akan dikenang sebagai pengkhianat yang menghancurkan negara. Menguasai ilmu sains dan matematik tidak membawa umat islam kufur kerana ia membawa negara maju dan secara langsung mengangkat agama Islam di tempat tertinggi di mata dunia. Hanya orang yang tertutup minda dan memperalatkan agama bagi mendapat kuasa berpendapat bahawa mereka lebih tahu dari orang yang pakar  namun percayalah bila kuasa berada ditangan akan berlakulah kezaliman  dan memusnahkan apa yang telah dibina selama ini.

Abdul Rahman  merupakan putera kepada Al-Hakam 1  yang ditabalkan sebagai penganti Amir Cordova  yang ke  4  Bani Umaiyyah di Al-Andalus (Semenanjung Iberia) pada tahun 822M. Beliau digelar sebagai Abdul Rahman Al-Ausat atau lebih dikenali sebagai Abdul Rahman yang kedua kerana berjaya membawa kemajuan Negara Islam di Sepanyol di dalam semua bidang kemajuan. Beliau merupakan seorang pencinta kepada ilmi pengetahuan dan kesenian.  Beliau memegang tampuk pemerintahan sebagai Amir di Cordoba pada usia 31 tahun dan  tidak seperti bapanya yang di benci oleh rakyatnya,  beliau amat dikasihi dan dicintai rakyat sejak masih muda.



Abdul Rahman Al Ausat merupakan pemimpin  yang amat dedikasi terhadap bidang ilmu telah membuka banyak Pusat pengajian di Andalus seperti di Seville, Granada, Toledo, Velencia dan Cordova.
Sebaik ditabalkan sebagai Amir, Abdul Rahman Al Ausat telah berusaha mengamankan huru-hara dan pemberontakan dalam negeri.  Sebaik usaha menghapuskan pemberontakan berjaya,  beliau terus menumpukan perhatian memajukan  dan memakmurkan kerajaan dalam semua aspek.
Beliau telah membangunkan masjid dan memperindahkan kota Cordova dengan membina jalan raya, taman-taman dan tempat perdagangan.  Selain itu Kota-kota tersebut diperindah dengan bangunan-bangunan umum, seperti masjid-masjid besar, dan perpustakaan besar dan lainnya.
Semasa pemerintahan beliau Andalusia berkembang maju menyokong  populasi 30 juta orang yang mendiami di kota – kota di barat dengan menguasai  industri fabrik dan pakaian.  Malah di Cordova sendiri merupakan kota terbesar di Barat pada masa itu dengan kepadatan penduduk seramai 130,000, mempunyai hamper 3000 masjid dan 28 bandar lengkap dengan istana dan taman awam.
Malah kemajuan teknologi didalam bidang pertanian yang dimiliki pada  zaman Abdul Rahman Al-Ausat menjadikan Andalusia pelopor kepada industri petanian yang menyokong kepada industri fabrik.  Kemajuan didalam bidang saliran,teknik penanaman,empangan serta galakan daripada pemerintah menerusi kaedah pinjaman melalui cukai yang diperkenalkan telah meningkatkan pengeluaran berasaskan fabric seperti bulu,kain dan sutera.  Industri  fabrik telah memberi peluang pekerjaan hampir 13,000 orang  dari 130,000 penduduk di Cordova.
Abdul Rahman Al-Ausat seorang yang amat meminati kesenian tidak hairan beliau sanggup berhabis wang untuk membawa Penyair terkenal Ali ibn Nafi atau dikenali sebagai Zirjab dari Baghdad ke Cordova. Zirjab telah ditawarkan sebanyak 200 emas sebulan ditambah 2,000 keping emas setahun sebagai hadiah dan diberi kemewahan dari segi pakaian, rumah dan taman yang indah bernilai 14,000 keping emas.  Zirjab merupakan penyair agung yang memiliki hampir 2,000 buah lagu dan puisi dan bukan setakat itu, pengetahuan beliau didalam bidang kebudayaan dan pakaian malah beliau menjadi guru mengajar Abdul Rahman Al –Ausat didalam bidang sains, astronomi dan kebudayaan. Tidak hairan di Seville tidak lama kemudian menjadi pusat kebudayaan serta penghasilan alat musik seperti lutes, gitar, trumpet,tambourines dan sebagainya.
Pada masa pemerintahan Abdurrahman II ini banyak melahirkan golonganm intelektual dan ahli falsafah Islam. Ini kerana beliau sering mempergiatkan perhatian rakyatnya supaya mempelajari ilmu pengetahuan,adab dan falsah dan secara langsung telah membangkitkan sifat  masyarakat yang dahaga dengan kajian ilmiah dan mengembangkan berbagai ilmu pengetahuan dan kebudayaan.
Sejarah juga mencatatkan mengenai polisi yang diperkenalkan oleh Abdul Rahman Al Ausat tentang kebebasan beragama. Beliau memberi kemerdekaan seluas-luasnya kepada penduduk Sepanyol menganut dan mengamalkan agama yang mereka sukai. Kerana itu pada zaman pemerintahan  beliau, perbezaan agama tidak menimbulkan apa-apa reaksi dikalangan rakyat.  Semua rakyat tidak kira apa bentuk agama yang mereka anuti sama – sama menikmati kemudahan – kemudahan yang disediakan Negara. Bahkan terdapat antara rakyat Islam dan Kristian masing – masing bersama sama didalam peperangan dan memegang jawatan yang tinggi didalam kerajaan. Oleh sebab itu ramai penduduk beragama kristian  memeluk agama islam, Sedangkan  Abdul Rahman  Al Ausat memberikan kebebasan beragama bagi rakyat Andalusia untuk memilih agama yang mereka yakini. Malah bagi yang masih beragama kristian, mereka berbicara,mengarang dan bersyair dengan bahasa Arab bahkan cara hidup mereka mengikut cara hidup dan adat istiadat Arab.

Abdul Rahman Al-Ausat juga menitikberat mengenai keselamatan Negara Andulisia dari ancaman luar terutama di bahagian utara. Beliau berjaya mengekang kemaraan Raja Alfonso II dari Lyon. Malah pada tahun 837, beliau berjaya menghapus pemberontakan tentera kristian dan yahudi di Teledo dan berjaya mengagalkan serangan oleh Puak Viiking pada tahun 844. Untuk mengukuhkan pemerintahannya, beliau telah membina angkatan laut di Seville bagi mengekang ancaman musuh pada masa akan datang
Berkat daripada usaha beliau yang bijaksana, Negara Sepanyol sepanjang pemerintahannya menjadi kuat,megah dan disegani oleh kawan dan lawan terutama raja- raja Kristian. Pada tahun 836M, satu rombongan perutusan dari Kerajaan Byzantine membawa pelbagai hadiah telah mengadad Abdul Rahman Al Ausat untuk membuat perjanjian persahabatan dan tolong menolong dengan kerajaan Byzantine. Disamping itu juga beliau juga telah membuat perjanjian dengan kerajaan Nararna yang terletak diantara negeri Sepanyol dengan Perancis supaya menjadi banteng antara kedua-dua negeri dan dapat mengelak dari peperangan.
Setelah memerintah hampir 31 tahun, Abdul Rahman II Al Ausat meninggal dunia pada 852M dengan digantikan oleh puteranya iaitu Muhammad 1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan